marilah membeli ^^,

Monday, December 13, 2010

Cuti Sakan Kerabat Tok Nor & Opah Enon

Bismillah 
Assalamualaikum.


Entry kali nih. bnyk benda nak cerita sebab seronok sangat sangat  sangat. oke. bertempat di Teluk Batik, name resort lupa, tak sempat nk tawu name resort. sebok berseronokkkk. hohoho. Hari Jumaat 10hb Disember 2010.


pagi tu , sy dgn spupu gerak dr rumah dlm pukul 12 mcm tu laa. spupu merengek kelaopran. lapo2. ta mkn. pastu dia bawak camera  beso tp memory card xdok. apo lahhh. tefon kawan xdok memory, sekali tepon makcik sedara , ade. ok. jom p rumah makcik kat Taman Indera Barat dulu amek memory card. go go go . sampai . nak masuk simpang Taman iNdera Barat tu. bole pulak terserempak dgn mat rempit nak p sembahyg jumaat . wakakaka


spupu : HANES ! HANES ! HANES !
saya : (nada cool) mane ? 
spupu : (excited) tuuuuuu haaaaaaaa! *sambil megekek 
saya :(hon lahhh ape lagi.) PINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!
megekek kot . x sangke jumpo dia. sembang2 jap. bla. 


p/s : KAWAN, SILA PAKAI HELMET . haha


ok, pastu sampai rumah makcik tu, amek memory card. dia ckp nk tumpang tv. nak karoke mlm nanti . hahahahahaha. dh la kete sudah penuh dgn tilam, bantai . toto , blanket bagai. haha. sumbat je.mlm nnt bole melalak ~ lalala~ 


teruskan perjalanan nk ke Teluk Batik. sepupu dh merengek nk makan LAPOOO ~ p singgah mkn kat manjung. pastu p LUMUTTTTTTTT! haha. memang xde koje. semate2 nk beli coslow,chese wedges dan pop corn KFC. pegi3~ pastu terus p Teluk batik


Sampai d teluk batik, kami tatawu kat mane chaletnya kan. kol diorg yg dh sampai x dpt. sbb line maxis kat sane memang mcm hampeh. yela , name lg tempat bercuti , xmau d ganggu dgn panggilan2 yg menggangu kan. kitorg dok cari2.. x nmpk2 diorg kat mane . pastu p kat chalet lame kan. ade bnyk khemah2. BIA BETOIIIII ~ XKAN TDO DLM KHEMAH KOTTTTTTT! spupu dah riso mcm hape dah. patut lah diorg suh bawak tilam, bantai selimut semua. pehhhh . xnak lah tdo dlm khemah. haihhhh. ok. tepon udin celcom . dapatttt ! haha. cari2 jumpaaa. memang ramai lah yg dah sampai kan, kitorang dh terlepas satu games . game puzzle ! bukan main lg. dr jauh dah dengo suara org bersorak2. siap pakai microphone. 


kitorg sampai tu. diorg ade yg tgh bakar BBQ. main games. lepak2. dan mcm2 lagi. serius meriah gila lah kan. seronokkkkkkkkkk! excited2! hehe . ok. lepas tu ade games mcm2 lagi. kitorg br terlepas 1 games je. xpeee. kitorg join games 3hati 1jiwa. hahaha. KALAHH ! sbb diorg main tipu. game je pon. suka suki. ta kesah.. yg paling ta bole blah. pakcik sedar dgn mak2 sedar. bukan main lagiiiiiiiiiiiiii. masuk game jugak. dok mengekek je. sampai lenyek2 ank buah.


ayah amat (baju merah) org kuat program nih. bukan main lg tu. 

aksi lenyek org. 

tgk lah mereka. begitu seronok. nk menang . main tipuuu ~ haha

hehe. gembira bersama family.

sebelom game start. bincang2 strategi. 

adik2 sedara yg tetttt ! haha, dr kiri ika,mira,era

para juri dan pengadil. huahuaa
sweet 18 :) eton n minah

dia spupu terbaik saya dgn kak long juga, tp kak long xdok . kesian. (:

Lps Asar kitorg p mandi kat pantai. naseb ta pns. seronok. dgn spupu p mandi tgh2 tmpat dlm sekali kene kokak dgn jellyfish ! pehhh. sumpah pedih gila lah kan. first time kena. rase nk menangis je. pk tmpt awam. kalo tidak dah lame aku melalak ! samapi pantai berlari2 kat kakak sedare. spupu x gelak sbb dia pon kena kokak jugak ! huahauhaua. dia kene kat kaki ! pedih3~ jgn lah anda cuba2 dekati itu jellyfish. merbahayaaaaa. serius ! pastu main tanam2 then balik bilik.


posing2 d tepi pantai . 

percutian yg sngt seronok sangat ~

main bola dgn minah . penat ngek. hang ta reti balingelok. penat aku kejo.

gatai merenyam..

muka kena kokak dgn jellyfish. serius sakitttttt :'(

senyum terpaksa .

TANAM MINAH ! TANAM ! TANAM! ahaha

senyuman menawan. huahauauhaa

tanam mimi pulak. hahaha

bergaya d tepi pantai. huhauhaua

mlm tu . ade upacara penyampaian hadioh. x bole blah . cabutan bertuah, name i naik you ! wakakakaka. terima kasih kepada pakcik sedara YUSUF BIN NORDIN sbb mencabut name saya. mcm org gila, time pakcik sebot "ETONNNNNNNNNNNNN" ! wakaka. yela kan. dlm ramai2 tu. name i yg naik . haha. bangge siot ! lalala~ name spupu pon naik jugak. lagi mcm org gila budak tu. hahaha. yg penting kami same2 menang cabutan bertuah. hahaha. 


mlm tu kami g ikot abg2 sedara p main go-cut ! 1st time try. woww! seronok. mula2 takut jugak lah kan. sbb tgk diorg bawak mcm laju jerr. takot excident kan. Last2, menang KOTTT! CIK AMINAH kalah dgn saya tuuuu ~ hahahaha. xpe, next time cuba kalahkan saya oke. hehe. seronok3~ serius. 


gambo ni beso. sebab kami menang cabutan bertuah . tak sangka kot name naik. hahahaha. muka bangga gila nih. mcm ta penah dpt hadioh. hahahha


lps  tu balik Teluk Batik balik. dekat pukul 12 mlm kitorg balik. masih meriah lg suasana. ade yg baru sampai mlm tu. pg tu pon ade jugak yg baru sampai. sebelom tdo pokpek2 dulu dgn spupu baru tdo !


 Keesokkan harinya pulok.
Bangun pagi2 p breakfast. bnyk mknn. sandwich. ayam. kuih muih. dan sebagainya. udin buat gila. main baling2 belon berair. basah kot. memang xde koje. dah la pg tu. hujan. memang sejuk lahhh.




breakfast dlm hujan. sedappppp

main belon air. sampai ade jatuh tergelincir.

mandi paip kat luar chalet (:

terima kasih kepada AMIRUL IZZAT a.k.a ijat sbb sponser saya dan minah . hahahaha. dia bg kami RM10 . tambang naik banana boat. huahuahau. pg tu dlm pukul 9 p pantai terus. nak main banana boat. hehehe. kali nih. xnak mandi. nk main banana boat je. 

sebelum naik banana boat kali kedua. dr kiri ika,acik,minah,era

 aksi2 kami pg tu. seronok ta ingat lah


jom naik banana boat . lalalalaa~ jatuh tgh laut. hahaha
get ready semuaaa. nk jatuh tgh laut kali nih. hehe

sebelum balik ke chalet untuk bersiap2 balik kerumahhhhh. ramai kot. n i baru separuh... serius bes cuti kali nih. rugi sape2 yg ta dapat join  tu.

seronok.

Wednesday, December 8, 2010

POKPEK2

dah xde mende nk buat kan , so bace lah ni , if rajin. ta rajin ta payah bace , xde mende pon sebenarnyaa. saje suka suki dok merepek pasai kasut . hehe


saje nk kenakan mamat sorg nih. haha. last skali dia mencarut . hahaha. apo lahhhh. br tny soklan yg simple dah mencarut. haha. terima kasih la sbb sudi menjawb. hehe. bace lah kalo korg xde keje nk buat kan. hahaha



Tuesday, December 7, 2010

UNTUK SEMUA KAUM HAWA..

Importance: High

Surat terbuka utk kaum Hawa

Untuk semua kaum Hawa(para isteri yg tersayang),


Ayang,

Seperti yang sedia maklum,abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal.

Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh.

Amat besar nya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari bulan Jun 2010 hingga Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah

disarankan:-

1) Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di Africa Selatan. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut.Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

2) Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari.Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.

3) Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut,ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu kosentrasi abang.

4) Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

5) Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan
bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

6) Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting.Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengatakan bahawa "gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?".

7) Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahawa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

8) Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

9) Selepas period abang ini abis..ayang dilarang merungut,"nasib baik world cup 4 tahun sekali jer?" kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English Premier League,Italian League,Spain League, UEFA Champions League,Piala Malaysia dan lain-lain.

Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka...&...dilarang menganjing2 @ mengejek2...


Akhir kata. Majulah sukan untuk negara !!


Ikhlas dari: Abang yang sentiasa menyayangimu...