marilah membeli ^^,

Saturday, September 10, 2011

Cukai Topup 6% . syiokknyeee

Untunglah kan jadi rakyat Malaysia, beli topup pon kene bayar cukai . kayalahhh kerajaan . Majulah Negara lepas ni harapnye kannnnnnnnnnn.

Tidakkah anda merasakan bahawa Cukai Topup 6% yang dikenakan ini sebagai satu beban ? Belum puas hati lagikah kerajaan mengenakan cukai kepada kita ? Satu demi satu kenaikkan cukai diumumkan. Makan bercukai, kenderaan bercukai, pintu bercukai, tanah bercukai, tengok wayang dengan marka bercukai, makan aiskrim bercukai, harta bercukai, rokok bercukai, astro bercukai, dan pelbagai cukai lagi yang dikenakan.
Tidak cukupkah dengan cukai yang dikenakan selama ini. Lepas ini apakah cukai yang lain lagi bakal dikenakan kepada rakyat. Ini adalah Suara Rakyat ! Suara daripada pengguna kelas pertenggahan seperti para pelajar yang bergantung sara diri daripada keluarga sepenuhnya.
Bukankah perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang digunakan ini kebanyakkan daripada golongan pelajar ? memang ada yang menyatakan bahawa Cukai Topup 6% itu terlalu enteng untuk dipersoalkan. Tetapi mungkin yang bersuara itu adalah terdiri daripada golongan yang berkemampuan. Cukai Tambah Nilai sebanyak 6% langsung tidak menjadi kudis buat mereka.
Tahukah wahai syarikat telekomunikasi dan pemerintah. Majoriti pengguna talian prabayar terdiri daripada golongan yang mana? Kenapa mereka memilih prabayar tetapi tidak pascabayar ? Pengguna prabayar kebiasaannya menambah nilai talian prabayar mengikut keperluan mereka dan bukannya bayaran yang tetap setiap bulan beratus-ratus ringgit. Ini pun mahukan cukai ka?
Syarikat telekomunikasi telah pun mengenakan pelbagai caj tersembunyi yang mana kadang-kadang pengguna tidak sedar yang kredit mereka dipotong. Buat panggilan tidak dijawab “masuk voicemail” pun kredit dipotong. Malah ada pula syarikat telekomunikasi apabila pelanggan nak minta bantuan daripada “customer service” pun dikenakan bayaran.
Sedangkan sudah berjuta-juta malah berbillion-billion mereka kaut keuntungan daripada taktik kotor ini dan juga dari rancangan realiti. Akademi Fantasia contohnya hantar sms untuk mengundi. Jika difikir secara logik takkanlah selama ini syarikat telekomunikasi langsung tidak menyalurkan sebarang keuntungan sebagai cukai kepada pihak pemerintah ? Takkan depa tak bayar income tax kot?
Adakah Cukai perkhidmatan topup sebanyak 6% bermula 15 september 2011 ini merupakan salah satu taktik syarikat telekomunikasi malaysia untuk menarik minat pengguna agar menggunakan talian postpaid berbanding prepaid ?
Takkan slogan yang diwar-warkan sejak tahun 2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bertukar menjadi Negara Didahulukan, Rakyat dikemudiankan ? Ce teka Ce teka lepas ini cukai apa pula yang dikenakan ? Jangan cukai kepala pada zaman dahulu di kenakan sudah. Yang mana keluarga anak lebih daripada dua orang dikenakan cukai. Alahaiiiiiii… Nasib baiklah kerajaan tidak mengenakan cukai terhadap udara yang kita sedut setiap hariCukai Oh Cukai..

Friday, September 9, 2011

Kesan Memakai Pendakap Gigi atau BRACES

KEKURANGAN BRACES


Penyokong gigi @` braces` digunakan di seluruh dunia untuk meluruskan gigi. Pakar ortodontik menawarkan variasi beberapa penyokong gigi untuk menyesuaikan gigitan, menetapkan gigi yang bengkok atau jongangggg.

Terdapat keburukan kepada braces yang boleh dilihat setiap masa. nampak kurang cantik. Namun bagi sesetengah orang mereka suka dengan pakai braces yang nampak besi. Tapi kalau yang tak nampak besi pon boleyyyy, boleh pakai Invisalign braces sangat popular.


yang kanan tu contoh invisalign braces


 Berikut adalah beberapa kelemahan memakai braces:

  • Makanan boleh terjebak dalam kurungan.
  • kebersihan mulut yang baik boleh menjadi lebih sukar , terutama menggunakan flos.
  • Anda tidak boleh makan makanan tertentu seperti gula-gula keras,daging yang liat, dan sebagainya.
  • Gigi anda boleh menjadi berlumuran dalam hal-hal tertentu dari kurungan
  • Anda perlu pergi berjumpa pakar ortodontik anda biasanya sekali sebulan untuk pelarasan.
  • Anda boleh membangunkan Pelat sementara apabila mempunyai peralatan seperti Penambah palatal bersama-sama dengan penyokong gigi.
  • Bibir menjadi lebih besar.
  • Bermain sukan akan memerlukan mouthguard.
  • Penampilan fizikal anda akan berbeza.
  • Berat badan anda boleh turun disebabkan oleh kurang makan makanan yang anda biasa makan.
  • contoh flos
  • Ada kesakitan yang berkaitan dengan pelarasan.

Antara contoh2 braces: 

METAL BRACES


CLEAR CERAMIC BRACES



Thursday, September 8, 2011

Kesan memakai korset

korang tawu x apa tu korset? hahaha. laki komfem x tak tawuu. 


ni lah. yg orang pompuan dok pakai nak kasi ramping cantik bila pakai kebaya or baju yg nampak bentuk badan.

Pemakaian korset dalam kalangan wanita memang tidak boleh disangkal lagi. Meskipun ramai yang sudah tahu bahawa dengan memakai korset menyebabkan badan terseksa dan sukar bernafas, namun korset tetap juga dipakai kerana mampu menjadikan perut si pemakainya kelihatan rata serta ramping.
Walaupun pakar kecantikan mengesyorkan pemakaian korset adalah jalan terbaik untuk kelihatan cantik dan ramping tetapi penggunaan korset juga boleh  mempengaruhi kesihatan seseorang.
Pemakaian korset sememangnya memiliki pelbagai manfaat estetika bagi yang memakainya, seperti pinggang yang lebih kecil, postur tubuh menjadi  lebih baik, pinggul dan payudara juga akan kelihatan  lebih berisi serta dapat mengurangkan  ukuran  pinggang seseorang.

Hampir setiap tahun industri pembuatan korset meningkat di negara kita. Dengan pelbagai ayat-ayat promosi yang kononnya korset mempunyai berbagai-bagai  kebaikkan yang mana korset dapat  memperbaiki bentuk tubuh seseorang
Ada yang berpendapat korset juga amat sesuai dipakai bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak. Kononnya dapat mengembalikan bentuk tubuh seperti sedia kala.
Dipetik daripada berita BBC yang bertarikh (6/8/2010), masalah yang sering terjadi terhadap pemakai korset ialah mereka seolah lupa atau buat-buat lupa akan  kesan sampingan yang bakal mereka tempuhi walhal mereka tahu hakikat yang sebenar demi mengikut fesyen masa kini.
Untuk pengetahuan anda semua,  pemakaian korset membuatkan otot-otot punggung di bahagian bawah dipaksa untuk memberikan dukungan tambahan .Hal ini menyebabkan tulang belakang  akan berhenti tumbuh kerana tidak mendapat dukungan yang secukupnya.

Beberapa cerita yang mengerikan tentang korset mungkin pernah didengar oleh  masyarakat, seperti seorang gadis yang meninggal akibat  sesak nafas atau ada yang hatinya tertusuk oleh tulang rusuk sendiri kerana pemakaian korset yang terlalu ketat.
Namun masih sukar  dipastikan samada kejadian  tersebut memang benar-benar terjadi atau sekadar untuk menakutkan seseorang agar tidak memakai korset. 
 Jika penggunaan korset dalam jangka masa yang lama maka ianya mungkin menimbulkan risiko. Contohnya adalah chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh  adanya gangguan pada hempedu. Selain itu korset juga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit pada bahagian perut.
*Korang bayangkan camne jadi kalau pakai korset sampai 5-6 jam sehari. Dah la ketat, nak duduk tak selesa. Tarik nafas pun cukup-cukup jek. Yela nak nampak cantik katakan..Apepun,korang pikir la yang mane elok untuk diri korang sendiri..Jangan lupa KONGSI yer..Stay Cool :-)
Di sini terdapat beberapa contoh kesan sampingan akibat pemakaian korset:
  •  Terjadinya penurunan otot perut..
  •  Usus mungkin tertekan.
  • Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.
  • Penurunan kapasiti paru-paru.
  • Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan yang terjadi pada perut yang  menyebabkan terjadinya benjolan di perut.