marilah membeli ^^,

Saturday, September 10, 2011

Cukai Topup 6% . syiokknyeee

Untunglah kan jadi rakyat Malaysia, beli topup pon kene bayar cukai . kayalahhh kerajaan . Majulah Negara lepas ni harapnye kannnnnnnnnnn.

Tidakkah anda merasakan bahawa Cukai Topup 6% yang dikenakan ini sebagai satu beban ? Belum puas hati lagikah kerajaan mengenakan cukai kepada kita ? Satu demi satu kenaikkan cukai diumumkan. Makan bercukai, kenderaan bercukai, pintu bercukai, tanah bercukai, tengok wayang dengan marka bercukai, makan aiskrim bercukai, harta bercukai, rokok bercukai, astro bercukai, dan pelbagai cukai lagi yang dikenakan.
Tidak cukupkah dengan cukai yang dikenakan selama ini. Lepas ini apakah cukai yang lain lagi bakal dikenakan kepada rakyat. Ini adalah Suara Rakyat ! Suara daripada pengguna kelas pertenggahan seperti para pelajar yang bergantung sara diri daripada keluarga sepenuhnya.
Bukankah perkhidmatan telekomunikasi prabayar yang digunakan ini kebanyakkan daripada golongan pelajar ? memang ada yang menyatakan bahawa Cukai Topup 6% itu terlalu enteng untuk dipersoalkan. Tetapi mungkin yang bersuara itu adalah terdiri daripada golongan yang berkemampuan. Cukai Tambah Nilai sebanyak 6% langsung tidak menjadi kudis buat mereka.
Tahukah wahai syarikat telekomunikasi dan pemerintah. Majoriti pengguna talian prabayar terdiri daripada golongan yang mana? Kenapa mereka memilih prabayar tetapi tidak pascabayar ? Pengguna prabayar kebiasaannya menambah nilai talian prabayar mengikut keperluan mereka dan bukannya bayaran yang tetap setiap bulan beratus-ratus ringgit. Ini pun mahukan cukai ka?
Syarikat telekomunikasi telah pun mengenakan pelbagai caj tersembunyi yang mana kadang-kadang pengguna tidak sedar yang kredit mereka dipotong. Buat panggilan tidak dijawab “masuk voicemail” pun kredit dipotong. Malah ada pula syarikat telekomunikasi apabila pelanggan nak minta bantuan daripada “customer service” pun dikenakan bayaran.
Sedangkan sudah berjuta-juta malah berbillion-billion mereka kaut keuntungan daripada taktik kotor ini dan juga dari rancangan realiti. Akademi Fantasia contohnya hantar sms untuk mengundi. Jika difikir secara logik takkanlah selama ini syarikat telekomunikasi langsung tidak menyalurkan sebarang keuntungan sebagai cukai kepada pihak pemerintah ? Takkan depa tak bayar income tax kot?
Adakah Cukai perkhidmatan topup sebanyak 6% bermula 15 september 2011 ini merupakan salah satu taktik syarikat telekomunikasi malaysia untuk menarik minat pengguna agar menggunakan talian postpaid berbanding prepaid ?
Takkan slogan yang diwar-warkan sejak tahun 2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bertukar menjadi Negara Didahulukan, Rakyat dikemudiankan ? Ce teka Ce teka lepas ini cukai apa pula yang dikenakan ? Jangan cukai kepala pada zaman dahulu di kenakan sudah. Yang mana keluarga anak lebih daripada dua orang dikenakan cukai. Alahaiiiiiii… Nasib baiklah kerajaan tidak mengenakan cukai terhadap udara yang kita sedut setiap hariCukai Oh Cukai..

No comments:

Post a Comment