marilah membeli ^^,

Thursday, September 8, 2011

Kesan memakai korset

korang tawu x apa tu korset? hahaha. laki komfem x tak tawuu. 


ni lah. yg orang pompuan dok pakai nak kasi ramping cantik bila pakai kebaya or baju yg nampak bentuk badan.

Pemakaian korset dalam kalangan wanita memang tidak boleh disangkal lagi. Meskipun ramai yang sudah tahu bahawa dengan memakai korset menyebabkan badan terseksa dan sukar bernafas, namun korset tetap juga dipakai kerana mampu menjadikan perut si pemakainya kelihatan rata serta ramping.
Walaupun pakar kecantikan mengesyorkan pemakaian korset adalah jalan terbaik untuk kelihatan cantik dan ramping tetapi penggunaan korset juga boleh  mempengaruhi kesihatan seseorang.
Pemakaian korset sememangnya memiliki pelbagai manfaat estetika bagi yang memakainya, seperti pinggang yang lebih kecil, postur tubuh menjadi  lebih baik, pinggul dan payudara juga akan kelihatan  lebih berisi serta dapat mengurangkan  ukuran  pinggang seseorang.

Hampir setiap tahun industri pembuatan korset meningkat di negara kita. Dengan pelbagai ayat-ayat promosi yang kononnya korset mempunyai berbagai-bagai  kebaikkan yang mana korset dapat  memperbaiki bentuk tubuh seseorang
Ada yang berpendapat korset juga amat sesuai dipakai bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak. Kononnya dapat mengembalikan bentuk tubuh seperti sedia kala.
Dipetik daripada berita BBC yang bertarikh (6/8/2010), masalah yang sering terjadi terhadap pemakai korset ialah mereka seolah lupa atau buat-buat lupa akan  kesan sampingan yang bakal mereka tempuhi walhal mereka tahu hakikat yang sebenar demi mengikut fesyen masa kini.
Untuk pengetahuan anda semua,  pemakaian korset membuatkan otot-otot punggung di bahagian bawah dipaksa untuk memberikan dukungan tambahan .Hal ini menyebabkan tulang belakang  akan berhenti tumbuh kerana tidak mendapat dukungan yang secukupnya.

Beberapa cerita yang mengerikan tentang korset mungkin pernah didengar oleh  masyarakat, seperti seorang gadis yang meninggal akibat  sesak nafas atau ada yang hatinya tertusuk oleh tulang rusuk sendiri kerana pemakaian korset yang terlalu ketat.
Namun masih sukar  dipastikan samada kejadian  tersebut memang benar-benar terjadi atau sekadar untuk menakutkan seseorang agar tidak memakai korset. 
 Jika penggunaan korset dalam jangka masa yang lama maka ianya mungkin menimbulkan risiko. Contohnya adalah chlorosis (greensickness)  iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan oleh  adanya gangguan pada hempedu. Selain itu korset juga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit pada bahagian perut.
*Korang bayangkan camne jadi kalau pakai korset sampai 5-6 jam sehari. Dah la ketat, nak duduk tak selesa. Tarik nafas pun cukup-cukup jek. Yela nak nampak cantik katakan..Apepun,korang pikir la yang mane elok untuk diri korang sendiri..Jangan lupa KONGSI yer..Stay Cool :-)
Di sini terdapat beberapa contoh kesan sampingan akibat pemakaian korset:
  •  Terjadinya penurunan otot perut..
  •  Usus mungkin tertekan.
  • Terjadinya kompresi atau tekanan terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati,paru-paru dan jantung.
  • Penurunan kapasiti paru-paru.
  • Kelainan bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan yang terjadi pada perut yang  menyebabkan terjadinya benjolan di perut.

3 comments:

  1. kena pandai pilih korset. sekarang ada korset yg mesra pengguna. sgt ergonomic sesuai utk tubuh bdn kita. try korset elken dx. amat selesa dan kesan yang amat memberangsangkan. boleh try fitting dulu. free shj. contact me: aida, 0125623050

    ReplyDelete
  2. jangan lah beli yang ketat sangat... kene pandai pilih yang selesa... tulisan ini hanya menceritakan sisi negatif sahaja.... peace :)

    ReplyDelete