marilah membeli ^^,

Thursday, February 10, 2011

Resepi kek coklet cheese sedap


Bahan-bahan Adunan Kek Coklat:
2 biji telur 
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
2 sudu besar serbuk koko
sedikit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
1 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat* (*ayak bersama)


Cara Membuatnya:
Pukul telur dan gula halus hingga sebati, kemudian
 masukkan yang lain-lain mengikut turutan bahan di atas. 
Selepas siap bahagi dua adunan. Sementara itu panaskan kukusan. 
Tutup/ balut tudung pengukus dengan kain atau tuala.


Bahan-bahan Krim Keju:
250gm cream cheese
60gm gula
1 biji telur 
25 ml air biasa
1 sudu besar tepung gandum


Cara Membuatnya:
Pukul cream cheese dan gula hingga sebati, 
masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan bahan di atas. Pukul hingga sebati.


Cara Melapis:
1. Alas loyang dengan kertas minyak atau kertas biasa (Sapu loyang dengan mentega). 
Masukkan loyang dalam periuk kukusan supaya adunan tidak bergerak. 
Tuangkan separuh adunan kek coklat tadi, kukus 15 minit.
2. Selepas 15 minit, tuang adunan krim keju, kukus lagi 15 minit.
3. Selepas 15 minit, tuang adunan kek coklat yang lagi separuh tu,
 kukus 20 minit. Biarkan sejuk sebelum dituang dengan coklat ganache.


Bahan Coklat Ganache:
2 sudu besar 'heavy krim'*
150 gm coklat masakan*
sedikit mentega (supaya coklat berkilat)*
* masak semua bahan menggunakan teknik double boil, 
sejukkan pada suhu bilik baru tuang di atas kek yang telah disejukkan.

No comments:

Post a Comment