marilah membeli ^^,

Monday, January 31, 2011

Resepi kek coklat moist kukus


Bahan


1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu kecil soda bicarbonat
secubit garam
i sudu kecil esen vanilla
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air panas

Cara 
Pukul gula dan telur hingga kembang kemudian masukkan susu,minyak

masukkan pulak tepung yang sudah diayak berserta soda bicarbonat dan serbuk koko, garam x lupa esen vanilla. 
Akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau.
Masuk dlm loyang.
kukus selama 1jam setengah or ++ kalo agak2 tak masak lagi :) 



topping 
masak je coklat masak , + susu segar kalo nak pekat. topping mudah je. ikot cara masing2 lahhh. hehehe. 




setelah dihias begitu cantik oleh cik Ami dan cik Mai

serius sedap. lembut gebu gebu jeee

bila dah siap bagi makcik, pakcik opah , kawan kawan semua rase kan. semua puji. Alhamdulillah. menjadi jugak akhirnya. Emak kawan siap mintak resepi . hihihi.

Wednesday, January 26, 2011

dia2

selepas dah setuju dgn syarat dgn yang aku bg tuk maafkan dia tu. dia pon penuh semangat menjalankan syarat tu tanpa rasa segan silu. syaratnya ialah, aku suh dia layan aku bagaikan tuan puteri. wahhhh2. mengadanya kau, jgn gedik beno :) suka hati lah, syarat tu aku yg buat. aku pulak hang tersegan2, igtkan nak main2 je. tak sangka dia buat. malu malu sy dibuatnya. kemudian, malam tu. dia mintak no telefon istana. aku dah pelik. ape ni ??? aku bukannya duk istana, bukan anak raja atau sultan mane2. ape bende pulak nih. dia cakap "kate suh layan mcm tuan puteri, tuan putei duk kat istana lah kan, maksudnya nak no telefon rumah" dia nak kol, nak bergayut lah kot lebih kurang mcm tu lah. nak telefon guna henset mahai kotttt. DiGi V.S Maxis. so, aku bg je lah. dia pon terus telefonnnnnnnnn. amboi, lajunyaa. kami pokpek2 bukan main.aku pon ape, menipu sakan lahh. dia tny umur semua kan, mcm polis. aku ckp umor aku 20++ dah keje, PEGUAM. fuuiiyoo. perasan ! dia pon, mcm slenge je. percaya je semua aku cakap. sengoi tak sengoi. last2 aku macam dah kesian kat dia, aku bgtaw lah bende yg betul2. pastu boleh pulokkkkkkkkkkkkkk, dia pegi bg aku ckp dgn ayah dia. pakcik yunus. ily. pakcik ni baik. percayalah. dia sgt nice. mase first time cakap tuk, aku punya lah takot. ye lah , kang tak pasai2 kene maki ke ape ke. ayah dia sgt3 lah sporting.. kami gelak2 bukan main. pakcik tny macam2. ok, kemudian kami kawan . kawan dan terus berkawan. kawan sahaja , jgn salah faham. kami BFF time tu! dia baik. baiks sangat. 


actually , aku sebenarnya . ade no maxis. tp jarang pakai , ye lah, dulu sy pengguna DiGi yg setia.  then, terus tuka pakai maxis. sbb nak msg pat3k slalu kan. rabak le kalo terus guna DiGi. kami menjadi kawan yg sgt rapat. TAPI xpernah jumpaaaaaaaaaaaa. kah3. lantak lah. dulu, pat3k pakai no maxis. tu no ayah dia. dia dok asrama , so xde mase nak guna sgt. so dia guna no ayah dia jeeee. 1st date kami macam mane ? HAHAHAHAHA 

Tuesday, January 25, 2011

manis kalah gula bukan :)

ya saya mengaku saya fanatik pada pasangan kekasih ni iaitu bam2 dan intan. mereka comel, cerdik, cun, hensem. 
ni ayat bam2 pada intan. sweet bukan. aku terkeluar air mata baca entry nih. suka sgt sampai ternangis . :') romantik lah bam2 nih. betuah intan dapat bam2. auchhh !



awak kena faham kenapa saya selalu minta maaf bila awak terdetik perasaan cemburu.. sebab saya sayangkan awak.. saya takde niat nak buat awak cemburu..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya selalu pujuk awak bila awak merajuk, sebab saya tahu awak suka saya manjekan awak...


awak kena faham kenapa saya selalu call dan sms awak walaupun kejap2, sebab saya sangat rindukan awak dan saya nak awak tahu every moment saya ingatkan awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marah dan nasihatkan awak.. sebab saya sayangkan awak... saya perlukan awak dalam hidup saya.. 


awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak sebab awak lebih penting dari hidup saya.. saya rela menderita untuk dapatkan senyuman dari awak..


awak kena faham kenapa saya selalu berkongsi dengan awak sebab awak kan diari hidup saya..


awak kena faham kenapa saya selalu ucapka terima kasih pada awak sebab awak deserve lelaki lebih baik dari saya.. saya ni cuma mamat biasa je..


awak kena faham kenapa saya selalu bising bila awak lambat bersiap sebab saya xsanggup membazir masa2 bersama awak yang sememangnya selalu mencemburui saya.. 


awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak sebab awaklah counselor saya.. tempat untuk tenangkan hati saya..


awak kena faham sebab apa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya tak nak awak tersalah paham kenapa saya buat camtu... semuanya sebab awak sayang..


awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit, sebab saya kan doctor awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak, sebab saya da bagi hati saya kat awak.. saya da xder hati da sayang...


awak kena faham kenapa saya takut lepaskan tangan awak sebab saya xnak awak jauh dari saya... saya ada awak je dalam hidup ni.. 


awak kena faham kenapa saya tak pernah menangis depan awak sebab saya nak tunjuk dekat awak saya ni org yg kuat utk jaga awak...


awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat sebab saya da rasa awak sepenuhnyer hidup saya...



sekarang awak fahamkan.