marilah membeli ^^,

Tuesday, January 25, 2011

manis kalah gula bukan :)

ya saya mengaku saya fanatik pada pasangan kekasih ni iaitu bam2 dan intan. mereka comel, cerdik, cun, hensem. 
ni ayat bam2 pada intan. sweet bukan. aku terkeluar air mata baca entry nih. suka sgt sampai ternangis . :') romantik lah bam2 nih. betuah intan dapat bam2. auchhh !



awak kena faham kenapa saya selalu minta maaf bila awak terdetik perasaan cemburu.. sebab saya sayangkan awak.. saya takde niat nak buat awak cemburu..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya selalu pujuk awak bila awak merajuk, sebab saya tahu awak suka saya manjekan awak...


awak kena faham kenapa saya selalu call dan sms awak walaupun kejap2, sebab saya sangat rindukan awak dan saya nak awak tahu every moment saya ingatkan awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya marah dan nasihatkan awak.. sebab saya sayangkan awak... saya perlukan awak dalam hidup saya.. 


awak kena faham kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak sebab awak lebih penting dari hidup saya.. saya rela menderita untuk dapatkan senyuman dari awak..


awak kena faham kenapa saya selalu berkongsi dengan awak sebab awak kan diari hidup saya..


awak kena faham kenapa saya selalu ucapka terima kasih pada awak sebab awak deserve lelaki lebih baik dari saya.. saya ni cuma mamat biasa je..


awak kena faham kenapa saya selalu bising bila awak lambat bersiap sebab saya xsanggup membazir masa2 bersama awak yang sememangnya selalu mencemburui saya.. 


awak kena faham kenapa saya suka sangat mengadu dekat awak sebab awaklah counselor saya.. tempat untuk tenangkan hati saya..


awak kena faham sebab apa saya rahsiakan sesuatu dari awak.. sebab saya tak nak awak tersalah paham kenapa saya buat camtu... semuanya sebab awak sayang..


awak kena faham kenapa saya selalu risaukan awak kalau awak sakit, sebab saya kan doctor awak..


awak kena faham kenapa kadang-kadang saya sensitif dengan awak, sebab saya da bagi hati saya kat awak.. saya da xder hati da sayang...


awak kena faham kenapa saya takut lepaskan tangan awak sebab saya xnak awak jauh dari saya... saya ada awak je dalam hidup ni.. 


awak kena faham kenapa saya tak pernah menangis depan awak sebab saya nak tunjuk dekat awak saya ni org yg kuat utk jaga awak...


awak kena faham kenapa saya sayangkan awak sangat-sangat sebab saya da rasa awak sepenuhnyer hidup saya...



sekarang awak fahamkan.

No comments:

Post a Comment